AYUH BANTU

Menampung Kos Keperluan Pelajar

Zaman sekarang masih ada yang ketinggalan dalam pembelajaran akibat masalah kewangan

Dalam kesibukan kita mengejar arus permodenan, masih ramai anak muda terutamanya dalam kalangan asnaf yang tidak dapat menyambung pelajaran akibat masalah kewangan.

Sayangnya, mereka terpaksa melupakan hasrat untuk menuntut ilmu demi meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar sekarang.
Dana Diperlukan Untuk Menampung Keperluan Pelajar Tahfiz Asnaf
01
Pusat Pengajian dan Hafazan al-Quran as-Sofwah(PPHAA) telah beroperasi sejak 5 tahun yang lalu dengan menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat.
02
Separuh daripada bilangan pelajar di PPHAA ini datang daripada keluarga asnaf.
03
Demi menjayakan cita-cita pelajar-pelajar ini untuk menghafaz Al-Quran, PPHAA mengambil inisiatif untuk menaja kesemua pelajar asnaf ini sepenuhnya.
04
Namun, PPHAA juga kadang kala mengalami masalah kewangan bagi menampung keseluruhan kos operasi pusat pengajian ini.
Justeru, kami ingin memohon bantuan daripada Tuan Puan untuk membantu menaja keperluan pelajar-pelajar asnaf ini.

JOM KORBANKAN SEDIKIT HARTA UNTUK BEKALAN DUNIA DAN AKHIRAT ANDA

Kami amat mengharapkan sokongan Tuan dan Puan demi kelangsungan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz ini.

Insya-Allah, boleh jadi dengan rezeki yang sudi dikongsikan, setiap amal pelajar-pelajar tahfiz seperti membaca, menghafaz Al-Quran serta ilmu bermanfaat yang disebarkan kepada masyarakat, pahalanya juga turut mengalir buat Tuan Puan.

Bukan hari ini sahaja malah selama-lamanya !

Jom Konsisten Sedekah

Selain dapat membantu tahfiz yang sedang dalam kesusahan, kita juga akan mendapat besarnya manfaat bersedekah. Ketahuilah, melalui amalan BERSEDEKAH, Allah SWT pasti akan memudahkan urusan harian kita.
Pemberitahuan :
1. Bayaran RM 1.00 akan dikenakan untuk proses pendaftaran AUTOTRANSFER.
2. Bayaran RM 1.00 akan dikenakan untuk setiap transaksi pada setiap bulan.