AYUH KONGSI REZEKI UNTUK MEMBINA KABIN BARU BUAT PELAJAR TAHFIZ

Percayalah hidup kita lebih bermakna apabila berkongsi. Setiap pemberian yang kita berikan akan membawa perubahan.

Sebelum kita lanjutkan pembacaan apa kata kita ucap

“Alhamdulillah”

Mungkin satu perkataan tu kita lupa nak ucap hari ni. 

Dalam kita sibuk menguruskan kehidupan di dunia, terkadang kita lupa bahawa kehidupan ini hanyalah sementara. 

Hari ini kita masih dipinjamkan nyawa, esok mungkin tiada. Namun, apa yang kita telah tinggalkan di dunia ini? 

Adakah kita telah ada amalan yang pahalanya berpanjangan, yang terus berkekalan walaupun kita tiada lagi? 

Maka, inilah peluang anda.

 JOM SAMA-SAMA KITA LAKUKAN AMAL JARIAH MULAI SEKARANG.

Jom Kenali PPHAA

Pusat Pengajian Hafazan Al-Quran As-Sofwah

Sebagai sebuah pusat pengajian yang komited, PPHAA sentiasa berusaha untuk menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif untuk semua pelajar tahfiz.

Kini, kami berhasrat untuk membina kabin pembelajaran yang baru buat pelajar-pelajar kami.

DETIK MENGHAFAZ

Bayangkan detik-detik suci pelajar tahfiz kita hafaz setiap ayat Al-Quran. 

SUASANA YANG KONDUSIF

Bayangkan suasana yang tenang, penuh keselesaan dan suasana belajar yang memacu semangat mereka untuk terus hafaz dan terus mencari ilmu. 

BESARNYA GANJARAN YANG MEMBANTU TAHFIZ

Bayangkan betapa bangga dan bersyukurnya mereka bila berjaya menghafaz, dan bayangkan betapa besar pahala yang anda akan terima setiap kali ayat yang mereka hafaz dibaca.

BAHKAN BUKAN ITU SAHAJA !

Dengan membina kabin ini bererti anda membantu dalam membina generasi baru yang menghafaz Al-Quran. Secara tak langsung, mereka dapat mencapai kejayaan dalam hafazan dan memberikan mereka rasa bahagia dan keselesaan yang mereka layak dapatkan.

Inilah masanya. Mari kita bantu mereka bersama.

“Jika engkau menolong seorang penuntut ilmu dengan membelikan buku-buku baginya, atau menyediakan asramanya, atau memberi infak kepadanya, atau yang semisal dengannya, maka engkau akan mendapatkan pahala seperti penuntut ilmu tersebut tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.” 

[Syarhu Riyadhis Shalihin, 2/375]

Mungkin mereka tak tahu siapa yang berkongsi rezeki, namun percayalah doa dari orang yang sentiasa bersama Al-Quran ini, akan selalu ada buat anda.

Jangan berlengah lagi!

Anda berada di ambang mencipta perubahan. Sumbang sekarang dan bantu kami membawa impian ini menjadi kenyataan. 

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA !