JOM RAIH KEBERKATAN HARI JUMAAT DENGAN BERSAMA MENAMPUNG KOS

Assalamualaikum dan tahniah kerana anda merupakan insan yang dipilih oleh Allah untuk melakukan sedekah pada hari Jumaat yang penuh barakah ini.

Kenapa Perlu Bersedekah Pada Hari Jumaat?

“Sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya”

(HR Ibnu Khuzaimah, Mauquf Shahih)

Tiada siapa yang tahu bilakah ajal akan menjemput.

Namun, bersediakah anda jika nyawa ditarik pada bila-bila masa?

Gunakanlah kesempatan yang ada untuk bersedekah terutamanya pada hari Jumaat ini supaya tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi.

ZAMAN SEKARANG MASIH ADA YANG KETINGGALAN DALAM PEMBELAJARAN AKIBAT MASALAH KEWANGAN

Dalam kesibukan kita mengejar arus permodenan, masih ramai anak muda terutamanya dalam kalangan asnaf yang tidak dapat menyambung pelajaran akibat masalah kewangan

Sayangnya, mereka terpaksa melupakan hasrat untuk menuntut ilmu demi meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar sekarang.  

Dana Diperlukan Untuk Menampung Keperluan Pelajar Tahfiz Asnaf

Pusat Pengajian dan Hafazan al-Quran as-Sofwah(PPHAA) telah beroperasi sejak 5 tahun yang lalu dengan menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat.

Separuh daripada bilangan pelajar di PPHAA ini datang daripada keluarga asnaf. 

Demi menjayakan cita-cita pelajar-pelajar ini untuk menghafaz Al-Quran, PPHAA mengambil inisiatif untuk menaja kesemua pelajar asnaf ini sepenuhnya.

Namun, PPHAA juga kadang kala mengalami masalah kewangan bagi menampung keseluruhan kos operasi pusat pengajian ini.

 

Justeru, kami ingin memohon bantuan daripada Tuan Puan untuk membantu menaja keperluan pelajar-pelajar asnaf ini.

Begitu tinggi cita-cita mereka untuk mendalami ilmu agama

BERSEDEKAHLAH UNTUK BEKALAN DUNIA DAN AKHIRAT ANDA

 Ayuhlah bantu kami seikhlas hati.

 Insya-Allah, boleh jadi dengan rezeki yang sudi dikongsikan, setiap amal pelajar-pelajar tahfiz seperti membaca, menghafaz Al-Quran serta ilmu bermanfaat yang disebarkan kepada masyarakat, pahalanya juga turut mengalir buat Tuan Puan.

Bukan hari ini sahaja malah 

SELAMA-LAMANYA !